Welcome!!

The objective of this site is to provide information to all registered members of Kesatuan Kakitangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) KAPENAS Sarawak of ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd Branch.No sensitive, provocative and negative comments shall be posted.Viewer's cooperativeness and consideration is very much appreciated.

Thank you
(administrator)

Saturday, February 12, 2011

Taklimat CA oleh Ibupejabat (HQ)

Taklimat berkaitan maklumat terkini Perjanjian Bersama 2010-2013 antara KAPENAS Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah dijalankan pada 9 Februari 2011 (Rabu) di Auditorium ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd. Sesi taklimat selama 90 minit itu telah dihadiri oleh 110 ahli-ahli berdaftar di Cawangan ABF dan berberapa pemerhati-pemerhati.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi Cawangan, Sdra Clarance Dundang dan seterusnya diikuti dengan ucapan oleh Presiden KAPENAS Sarawak, Sdra Lah Anyie.
Dalam ucapannya, Lah menyampaikan pernghargaan kepada para ahli yang hadir dan menyeru agar sokongan dan semangat yang tinggi tersebut akan terus dikekalkan pada setiap masa tanpa mengira situasi dan keadaan yang dihadapi oleh kesatuan.
Beliau turut memberikan sedikit gambaran berkaitan perkembangan terkini Perjanjian Bersama (CA) yang masih dalam rundingan. Menurutnya, keadaan yang kurang menggalakkan adalah situasi yang sedang dihadapi oleh KAPENAS Sarawak dan telah mewujudkan keadaan yang sedikit tegang dan kurang harmoni. Justeru itu, Lah menyeru agar ahli-ahli akan terus bersabar dan meneruskan kewajipan masing-masing kepada syarikat dan hanya bertindak apabila dikehendaki oleh kesatuan.
Selain itu, beliau turut memaklumkan berkaitan proses-proses yang terlibat, sekiranya perundingan untuk CA 2010-2013 tidak Berjaya dan menemui jalan buntu.
Taklimat lengkap seterusnya disampaikan oleh Setiausaha Agung Kesatuan, Sdra Yusuff Ali. Sepanjang tempoh taklimat, perhatian yang diberikan oleh ahli-ahli yang hadir melancarkan proses tanpa berlaku insiden yang tidak diingini.
Pada sesi soal jawab, pihak Majlis Jawatankuasa Agung (MJA) dan Perunding-perunding bagi pihak kesatuan telah diberikan tekanan oleh ahli-ahli dengan hanya membenarkan satu sesi rundingan yang terakhir dijalankan kerana faktor tawaran yang diberikan oleh pihak pengurusan adalah tidak memberansangkan sama sekali.
Majlis pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausaha Cawangan, Sdra Mohamad Azlan Azan Jani. Turut hadir ialah Naib Presiden KAPENAS Sarawak, Sdra Hasbi Jabah, EXCO Cawangan dan Pengerusi Cawangan MLNG SB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.