Jumaat, 25 Februari 2011 menyaksikan suatu situasi yang benar-benar merunsingkan minda dan mencabar kesabaran. Rundingan Perjanjian Bersama 2010-2013 dilanjutkan kepada satu mesyuarat yang lain yang akan diadakan secepat yang mungkin dan sebelum penghujung Mac 2011.
Mesyuarat yang bermula pada 22 Februari 2011 juga telah mewujudkan kesatuan di antara KAPENAS Sarawak, KAPENAS Sabah dan KAPENAS Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan gabungan ini, pihak pengurusan berdepan dengan 3 lawan 1 dan sudah pasti seuatu keadaan yang mencabar. Kesatuan telah membuat kesimpulan akan hala tuju rundingan Perjanjian Bersama 2010-2013 tersebut dan menetapkan sasaran yang tinggi, berdasarkan penghujahan dan maklumat sokongan yang logik, bernas dan meyakinkan.
Persoalannya, ke manakah hala tuju rundingan ini nanti? Dalam tempoh 4 hari tersebut, pihak pengurusan telah memberikan 2 'counter proposal' dalam keadaan yang agak 'segera'. Bermula daripada asalnya 'NO SALARY ADJUSTMENT', cadangan berubah kepada siri keadaan yang berbeza hanya dalam tempoh 4 hari, sedangkan sebelum ini pihak pengurusan mengambil masa berbulan-bulan untuk hanya satu kertas cadangan sahaja. Namun apa yang menyedihkan, setiap option yang diberikan akan berakhir dengan keputusan dalam bentuk nilai yang tiada perbezaan. Ternyata ianya hanya permainan susun atur daripada basket atau dustbin yang sama. Dengan ertikata lain, tiada perubahan yang boleh dibanggakan atau lebih baik daripada keadaan yang sebelumnya. Tetapi seperti kebiasaanya, pihak pengurusan menyatakan ia sebagai satu bentuk progress yang memberansangkan.
Jadikan kesengsaraan dan kepayahan kakitangan bukan eksekutif untuk mengharungi perubahan arus dan keadaan ekonomi masa kini sebagai saksi kepada 'kehormatan' syarikat multinasional ini. Sebuah rumah tidak harus dilihat hanya dari keindahan dan kecantikan luaran, sebaliknya harus melihat isi rumahnya, hiasan dalaman, penghuninya dan tahap kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Maka tidak hairanlah ramai isi rumah yang telah keluar meninggalkan rumah itu kerana ia sama sekali tidak layak untuk dijadikan 'Rumahku, Syurgaku'.
Ke Manakah Hala Tuju rundingan ini? Sama-samalah kita lihat dan pastikan apa yang telah ditentukan akan berlaku.
Kesatuan Kakitangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Sarawak, is a trade union of employees, registered under the Trade Union Act 1959 and having its registered Head Office at 2nd Floor, No 125/Lot 3411, Bintulu Parkcity Commerce Square- Phase II, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, P.O Box 4, Tanjung Kidurong, 97300 Bintulu Sarawak.
Welcome!!
The objective of this site is to provide information to all registered members of Kesatuan Kakitangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) KAPENAS Sarawak of ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd Branch.No sensitive, provocative and negative comments shall be posted.Viewer's cooperativeness and consideration is very much appreciated.
Thank you
(administrator)
Thank you
(administrator)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.