Welcome!!

The objective of this site is to provide information to all registered members of Kesatuan Kakitangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) KAPENAS Sarawak of ASEAN Bintulu Fertilizer Sdn Bhd Branch.No sensitive, provocative and negative comments shall be posted.Viewer's cooperativeness and consideration is very much appreciated.

Thank you
(administrator)

Saturday, February 26, 2011

Ke Manakah Hala Tuju?

Jumaat, 25 Februari 2011 menyaksikan suatu situasi yang benar-benar merunsingkan minda dan mencabar kesabaran. Rundingan Perjanjian Bersama 2010-2013 dilanjutkan kepada satu mesyuarat yang lain yang akan diadakan secepat yang mungkin dan sebelum penghujung Mac 2011.

Mesyuarat yang bermula pada 22 Februari 2011 juga telah mewujudkan kesatuan di antara KAPENAS Sarawak, KAPENAS Sabah dan KAPENAS Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan gabungan ini, pihak pengurusan berdepan dengan 3 lawan 1 dan sudah pasti seuatu keadaan yang mencabar. Kesatuan telah membuat kesimpulan akan hala tuju  rundingan Perjanjian Bersama 2010-2013 tersebut dan menetapkan sasaran yang tinggi, berdasarkan penghujahan dan maklumat sokongan yang logik, bernas dan meyakinkan.

Persoalannya, ke manakah hala tuju rundingan ini nanti? Dalam tempoh 4 hari tersebut, pihak pengurusan telah memberikan 2 'counter proposal' dalam keadaan yang agak 'segera'. Bermula daripada asalnya 'NO SALARY ADJUSTMENT', cadangan berubah kepada siri keadaan yang berbeza hanya dalam tempoh 4 hari, sedangkan sebelum ini pihak pengurusan mengambil masa berbulan-bulan untuk hanya satu kertas cadangan sahaja. Namun apa yang menyedihkan, setiap option yang diberikan akan berakhir dengan keputusan dalam bentuk nilai yang tiada perbezaan. Ternyata ianya hanya permainan susun atur daripada basket atau dustbin yang sama. Dengan ertikata lain, tiada perubahan yang boleh dibanggakan atau lebih baik daripada keadaan yang sebelumnya. Tetapi seperti kebiasaanya, pihak pengurusan menyatakan ia sebagai satu bentuk progress yang memberansangkan.

Jadikan kesengsaraan dan kepayahan kakitangan bukan eksekutif untuk mengharungi perubahan arus dan keadaan ekonomi masa kini sebagai saksi kepada 'kehormatan' syarikat multinasional ini. Sebuah rumah tidak harus dilihat hanya dari keindahan dan kecantikan luaran, sebaliknya harus melihat isi rumahnya, hiasan dalaman, penghuninya dan tahap kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Maka tidak hairanlah ramai isi rumah yang telah keluar meninggalkan rumah itu kerana ia sama sekali tidak layak untuk dijadikan 'Rumahku, Syurgaku'.

Ke Manakah Hala Tuju rundingan ini? Sama-samalah kita lihat dan pastikan apa yang telah ditentukan akan berlaku.

Wednesday, February 16, 2011

PETRONAS raih untung bersih RM26.5 billion


PETRONAS meraih keuntungan bersih sebanyak RM26.5 billion dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 18.8 peratus daripada RM22.3 billion yang dicatatnya pada tempoh sama tahun kewangan lalu.
Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 billion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 billion.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata prestasi lebih baik dalam tempoh separuh pertama itu disumbangkan oleh peningkatan harga minyak dunia selain pelbagai langkah penjimatan kos yang dilaksanakan syarikat minyak kebangsaan itu.
Tegasnya, berdasarkan prestasi pada separuh pertama itu serta disokong persekitaran semasa ekonomi dunia yang positif, beliau yakin PETRONAS mampu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM80 billion bagi seluruh tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 berbanding RM67 billion dalam tahun kewangan lalu.
Katanya, unjuran itu adalah realistic sejajar dengan peningkatan harga serta permintaan minyak dunia.
“Permintaan minyak dunia dijangka mencecah sejumlah 87.3 juta tong sehari tahun ini dan terus meningkat kepada 88.5 juta tong sehari tahun depan.”
“Berdasarkan faktor itu, serta jika tidak berlakunya sebarang masalah yang di luar jangkaan, PETRONAS akan mencatatkan prestasi yang lebih baik pada separuh kedua ini, sekaligus meningkatkan keuntungan sebelum cukainya kepada RM80 billion tahun kewangan ini berbanding RM67 billion tahun kewangan lalu” katanya pada siding media mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama itu di Kuala Lumpur, semalam. Bagi mengukuhkan lagi operasi, Shamsul  Azhar berkata, PETRONAS akan terus berkembang secara organik, menerusi kerjasama strategik, usaha sama serta penggabungan dan pengambilalihan.
Beliau juga berkata, kumpulan itu akan membelanjakan dua pertiga daripada RM13.2 billion perbelanjaan modal yang diperuntukkan bagi tahun kewangan semasa bagi membangunkan dan melaksanakan aktiviti cari gali minyak.
Dalam perkembangan lain, Shamsul Azhar berkata, PETRONAS akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) bagi menyemak semula harga semasa gas asli cecair (LNG) di pasaran tempatan untuk diapungkan mengikut harga pasaran dunia, dalam tempoh tiga minggu lagi.
Katanya, semakan harga LNG itu penting bagi mengurangkan jumlah subsidi ditanggung PETRONAS untuk komoditi itu yang mencecah RM10.22 billion setakat 30 September lalu.
Mengenai insentif cukai bagi mempromosikan pembanguan sumber minyak baru, Shamsul Azhar berkata, ia dijangka menyumbang sejumlah RM58 billion pulangan dalam bentuk cukai kepada kerajaan selain berupaya  membantu membangunkan 25 medan minyak baru yang akan memberikan kapasiti pengeluaran berjumlah 1.7 billion untuk tempoh 15 tahun, di beberapa kawasan di Malaysia. Sumber: Berita Harian


WHY EMPLOYEES LEAVE ORGANIZATIONS?

Every company faces the problem of people leaving the company for better pay or profile.

Early this year, Mark, a senior software designer, got an offer from a prestigious international firm to work in its India operations developing specialized software. He was thrilled by the offer.

He had heard a lot about the CEO. The salary was great. The company had all the right systems in place employee-friendly human resources (HR) policies, a spanking new office, and the very best technology, even a canteen that served superb food.

Twice Mark was sent abroad for training. 'My learning curve is the sharpest it's ever been,' he said soon after he joined.

Last week, less than eight months after he joined, Mark walked out of the job.

Why did this talented employee leave ?

Arun quit for the same reason that drives many good people away.

The answer lies in one of the largest studies undertaken by the Gallup Organization. The study surveyed over a million employees and 80,000 managers and was published in a book called 'First Break All The Rules'. It came up with this surprising finding:

If you're losing good people, look to their immediate boss . Immediate boss is the reason people stay and thrive in an organization. And he's the reason why people leave. When people leave they take the knowledge, experience and contacts with them, straight to the competitor.

'People leave managers; not companies,' write the authors Marcus Buckingham and Curt Coffman.

Mostly managers drive people away?

HR experts say that of all the abuses, employees find humiliation the most intolerable. The first time, an employee may not leave, but a thought has been planted. The second time, that thought gets strengthened. The third time, he exercises his thoughts by looking for another job.

When people cannot retort openly to anger, they do so by passive aggression. By digging their heels in and slowing down. By doing only what they are told to do and no more.. By omitting to give the boss crucial information. Dev says: 'If you work for a jerk, you basically want to get him into trouble. You don 't have your heart and soul in the job.'

Different managers can stress out employees in different ways - by being too controlling, too suspicious, too pushy, too critical, but they forget that workers are not fixed assets, they are free agents. When this goes on for too long, an employee will quit - often over a trivial issue.

Talented men leave. Dead wood don't.  

Source: Azim Premji, CEO- Wipro